Khidmat Komuter, ETS dari Gemas-KL Kurangkan Kos Sara Hidup Rakyat

Sejak KTM Komuter diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) lebih 17 tahun lalu, jumlah penggunanya meningkat daripada 7,719 kepada hampir 100,000 orang hari ini dan bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban serta dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang dengan 53 stesen.

Kemudahan prasarana ini dapat memenuhi keperluan pengguna di kawasan sekitar sub-bandar untuk berulang-alik ke pusat bandar serta mengatasi kesesakan lalu lintas.

Terkini, perkhidmatan tren KTM Komuter yang akan bersambung hingga ke Gemas mulai 10 Oktober ini akan menjadi satu lagi pilihan kepada penduduk di Negeri Sembilan terutamanya mereka yang bekerja di Lembah Klang.

Pengenalan perkhidmatan itu dijangka dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Pembukaan laluan baharu itu adalah alternatif kepada orang ramai yang selama ini menggunakan pengangkutan seperti kenderaan persendirian atau bas untuk berulang-alik dari negeri ini ke Kuala Lumpur.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, bagi
pengangkutan awam ke tempat kerja, perkhidmatan komuter yang sekarang ini beroperasi sampai ke stesen Rembau akan (disambung) ke Gemas. Ia akan mula mengangkut penumpang pada pukul 5 pagi supaya orang ramai tidak perlu lagi naik kereta atau bersesak menaiki bas kerana terdapat alternatif penggunaaan keretapi.

Selain KTM Komuter, perkhid­matan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Gemas juga dijangka dimulakan pada tarikh yang sama.

Perkhidmatan kereta api elektrik ini adalah menggantikan kereta api lama yang digerakkan oleh diesel dan ETS memberikan perkhidmatan yang lebih cepat tepat dan selamat. 

Oleh kerana ia digerakkan tenaga elektrik, perjalanan menjadi lebih lancar, selesa dan lebih cepat jika dibandingkan dengan perjalanan menaiki tren jenis lama. Pencemaran udara juga dapat dikurangkan.

Dengan kelajuan 160 kilometer sejam, tren elektrik ini mampu mencatat masa perjalanan jauh lebih pendek iaitu kira-kira dua jam dari Gemas ke Kuala Lumpur.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment