145 Pemilik Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 Terima Suratan Hakmilik

Seramai 145 pemilik Rumah Pangsa Kerajaan Negeri Sembilan Senawang Fasa 2, Taman Sri Mawar telah menerima Suratan Hakmilik, pada 28 Ogos lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah menyempurnakan penyampaian Suratan Hakmilik tersebut bertempat di perkarangan rumah pangsa berkenaan.

Rumah Pangsa Kerajaan Negeri Sembilan Senawang Fasa 2 mempunyai 335 unit rumah dan daripada jumlah tersebut sebanyak 167 penduduk telah selesai melunaskan bayaran sewa beli.

Bagaimanapun, 22 daripada 167 pemilik belum selesai bayaran duti setem kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjadikan jumlah penerima Suratan Hakmilik hari ini ialah 145 pemilik.

Rumah pangsa yang dimiliki secara sewa beli itu telah mula diduduki pada tahun 1993 telah dibina di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI), mempunyai tujuh blok yang mana setiap blok mempunyai empat tingkat.

Dalam ucapannya Menteri Besar berkata, beliau telah mengarahkan semua pejabat tanah dan Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya peneroka-peneroka Felda diberikan geran hakmilik termasuklah pemilik rumah-rumah kos rendah yang telah selesai bayar turut dibahagikan geran hakmilik tanpa menunggu kesemua pemilik habis bayar.

Antara lain katanya, di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri berbagai-bagai agensi dan jabatan telah diarahkan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah perumahan penduduk dapat ditangani.


Justeru itu, berbagai-bagai projek perumahan yang telah, sedang dan dirancang pembinaannya kerana mahu melihat rakyat mampu memiliki rumah sendiri.
Share on Google Plus

About Negeri Sembilan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment